Ahad, 7 Mac 2010

[PANAS] Hukum Melakukan Onani




Assalamualaikum. Tanpa ucapan salam, tidak mungkin saya akan meneruskan teks di post ini, kerana kita tahu memberi salam itu adalah wajib, tidak kira di Internet atau di luar sana. Baiklah, post kali ini membincangkan tentang tabiat (jika amalan buruk maka dipanggil tabiat) beronani. Tabiat ini sering dilakukan oleh anak muda atau remaja zaman sekarang yang semakin berleluasa. Bukan sahaja remaja, malah yang berkahwin pun turut melakukan perkara ini, lebih memalukan perempuan juga turut melakukan sedemikian. Tidak perlu diberitahu apa itu onani, mungkin anda sudah tahu dan jika anda tidak tahu lebih baik jangan ambil tahu kerana jika anda tahu mungkin anda akan melakukannya (cuba cuba). Kerana, saya dengar benda ni kalau buat anda akan ketagih. Tahukah anda, apa hukumnya onani ? Hukumnya haram , namun onani tidak menyebabkan dosa besar. Melakukan onani sungguh merupakan perbuatan hina, dan bukan seperti anggapan bagi orang lain yang membolehkannya. Sesiapa yang mula-mula dirinya tenang, tiba-tiba syahwatnya memuncak, kemudian dia ingin memuaskan syahwatnya itu (onani), maka dia berdosa, tapi dosa yang dia kerjakan tidak seperti mengerjakan dosa besar, dan sesiapa yang syahwatnya memuncak dan tidak dapat kawal kecuali melakukan onani, maka boleh hukumnya jika itu termasuk kategori darurat (terdesak), walaupun sebenarnya onani bukan termasuk kategori dimana dalam keadaan darurat perkara haram yang diperbolehkan. Sesiapa di hadapannya tidak dapat melakukan apapun kecuali berzina, maka dia boleh mengambil sikap mengamalkan salah satu keburukan yang ringan diantara dua keburukan, dengan syarat jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga menyakiti tubuh. Nasihat saya untuk remaja yang mengamalkan tabiat ini ialah menikah, jika menikah anda dapat mengelakkan onani. Jika tidak mampu, berpuasalah. Kerana puasa merupakan ubat yang sanggup mengawal syahwat yang merangsang diri. Anda hendaklah menjauhi perkara yang boleh membangkitkan rasa gian (syahwat), seperti menonton TV, filem, gambar, dan sebagainya. Jika terlihat perempuan yang tidak menutup aurat, sila nasihatkan atau menutup mata dari melihat perkara itu. Assalamualaikum W.B.T, insyallah di post yang akan datang, saya akan membincangkan lagi isu isu remaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan