Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah oleh Islam kerana solat jumaat hukumnya adalah wajib@fardhu ain ke atas setiap lelaki yang diapanggil Muslim. Orang yang tidak mengambil berat hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan suatu hari nanti. Bahkan orang yang enggan mentaati dan mengikuti suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.Sesunggunhya sembahyang itu tiang agama,kalau tiang tidak ada,maka roboh la agama kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan