Sabtu, 13 Mac 2010

Jawatan Kos0ng !!! ^o~

Khamis, 11 Mac 2010

Blog Ini Bertukar Menjadi Blog Yang Berkongsi MP3 Nasyid

Assalamualaikum. Minta maaf, entri kali ni tiada gambar. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, blog ini akan bertukar menjadi blog yang berkongsi Mp3 Nasyid dan bukan lagi share artikel berkaitan dakwah. Jangan salah sangka, kami masih lagi berdakwah di blog ini tetapi melalui lagu nasyid yang kami kongsi ini. Ini kerana tiada usaha lagi yang dapat kami lakukan kerana kekurangan 'writer' dan tenaga oleh kami berdua. Seperti yang kami cakap, kami masih lagi bersekolah dan kebetulan cuti seminggu ni banyak homework (kerja sekolah) yang kami dapat, berlambak - lambak. Insyallah suatu hari nanti, kami akan sambung balik kerja mengepost artikel ini (itupun kalau free n ade masa). Oleh itu, mulai detik sekarang tiada lagi artikel berkaitan dakwah tetapi anda diberikan Mp3-Mp3 Nasyid, nasyid juga ada dikaitkan dengan dakwah. Jadi, selamat mendownload mp3-mp3 nasyid di sini. Harap maaf, file tersebut kami upload sendiri, jika nak copy boleh tapi jangan lupa letak credit, bukan nak cari publisiti tapi agar anda tahu penat lelah kami meng'upload' file-file tersebut !~

Mirwana - Aku Tanpa Cintamu Full Album (2004)

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1. Hikmah Kembara
2. Aku Tanpa CintaMu
3. Inni Akhofullah
4. Janji Kita
5. Khabar Cinta
6. Khalifah #1
7. Ku Hadir Pada-Mu
8. Mama Papa
9. Permataku
10. Takdir Penentu
11. Terima Kasih Guru

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Unic - Tika Itu Full Album (2007)

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1. Mencari Yang Maha Satu feat. Cat Farish (4:16)
2. Lafaz Yang Tersimpan (4:24)
3. Fenomena (4:43)
4. Tika Itu (4:18)
5. Kau, Kawan, Sahabat Dan Teman (3:57)
6. Harapan Pada Ayah Dan Ibu (5:43)
7. Atas Nama Cinta (3:47)
8. Aisya Humaira (3:54)

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Akhil Hayy - Kembara Sufi Full Album (2008)


Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
01.Al fatihah
02.Huwallah
03.Istighfar
04.Tasbih tahmid tahlil takbir
05.Allahu allah
06.Ya dzal jalal
07.Syahadah
08.Tahlil
09.Ya latif
10.La ilaha illallah
11.I’tiraf
12.Allahumma anta salam
13.Solatullah salamullah
14.Hasbi rabbi
15.Hasbi rabbi 2
16.Tubna ya allah
17.Fasubhana man layaqdiru
18.La ilaha illallah
19.Selawat
20.Doa Munajat

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

In-Team - Damba Kasih Full Album 2003

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1. In Team - A'jibtu
2. In Team - Bisikan Nurani
3. In Team - Budimu Yarasul
4. In Team - Damba Kasih
5. In Team - Hijrah Satu Wawasan
6. In Team - Kasihmu Amanahku
7. In Team - NURKASIH
8. In Team - Ratu Syahadah
9. In Team - Sentuhanmu
10. In Team - Wajah Dunia

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Raihan - Demi Masa Full Album (2008)

Assalamualaikum semua,saya mahu berkongsi dengan anda album dari raihan yg bertajuk Demi Masa yang diterbitkan pada 2008,harap mendengar

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
01 - Tihamah
02 - Demi Masa
03 - Kasih Sayang
04 - Mari Berhibur
05 - Bends Of Love
06 - Puji-Pujian II
07 - Carilah Cinta
08 - Ashabul Khafi
09 - Yang Disembah
10 - Kita Sama

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Rabu, 10 Mac 2010

[Berminat Menjadi 'Writer' Di Blog Ini ?]




Assalamualaikum. Hari ini 10 Mac 2010 , kami ingin memaklumkan bahawa kami sedang mencari 'writer'-'writer' yang berbakat untuk menjadi penulis (writer) di blog ini. Bukan kerana kami malas, tapi kerana kekurangan 'writer' dan kami juga ada banyak kerja kerana masih lagi belajar. Oleh itu, kami ingin sesiapa sahaja yang ingin menolong kami untuk menulis post yang berkaitan dengan islam, boleh rujuk di bawah.

Sesiapa yang berminat hendak menjadi 'writer' di blog ini sila emailkan kepada fakhri6889@gmail.com.

Syarat-syaratnya :
1) Beragama Islam [Agar tidak menyebarkan post yang boleh memurtadkan umat islam atau artikel yang sesat atau bercanggah dengan islam]

2) Warganegara Malaysia [Agar senang atau mudah difahami maksud ayat (ayat haruslah separuh dari penulisan anda sendiri]

3) Umur 13 - 40 [Entah kenapa, tapi kami rasa itu dah sesuai]

4) Tidak mengkhianati blog ini

Kelebihan Membaca Al-Quran Dan Berzikir


Assalamualaikum semua,sory sebab lame x update blog,banyak keje skit skrg,sekarang ni saya nk berkongsi artikel tentang Kelebihan Membaca Al-Quran Dan Berzikir,mungkin rmai yang dah tahu tentang kelebihan ini,tetapi saya mahu memperingtkan lagi diri saya dan anda sekali lagi,maklum la,manusia mudah lupa,hehe..
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Selasa, 9 Mac 2010

Raihan - Puji-pujian Full (1997)


Assalamualaikum sume,sory sebab saya x terupdate blog,maklum la,kami sekolah,bila2 mase je balik lewat,sekarang ni saya nak berkongsi(hehe,dlu mengeshare,skrg gune prkataan baru plak) first album Raihan,yang bertajuk Puji-pujian yang diterbitkan pada 1997,wauu,lame tu,marilah kita menyokong nasyid di negara kita supaya tidak ditelan dengan muzik2 yang x tentu hala tu,insya-Allah,dengan nasyid ini,kita dapat mengambil iktibar tntang lagu yg didengari dlm nasyid ini,Amin

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1.Puji-pujian
2.Peristiwa Subuh
3.Iman Mutiara
4.Sifat 20
5.Rakan Selawat
6.Sesungguhnya
7.Rayuan Rindu
8.Rakan Selawat 2
9.Kembali
10.Assolatuwassalam

Download link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Isnin, 8 Mac 2010

Antara Sebab2 Doa Tidak Dimakbulkan


Assalamualaikum semua,semoga sihat sejahtera ye,jangan sedih2 yang duduk jauh2 dari keluarge tu,hehe,saya nak ambil kesempatan ingin mengeshare artike tentang sebab doa kita tidak di makbulkan oleh Allah Yang Maha Esa,artikel ni saya copy paste dari web lain,tetapi saya harap walaupun hanya copy paste,anda semua tetap membaca,x salah kita memperbanyakkan lagi ilmu yang ada,lebih2 lagi tentang ilmu Agama,memang dituntut oleh Islam,SELALUNYA ALLAH akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah ALLAH. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan ALLAH.

-Ada dinding yang membataskan kita dengan ALLAH seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga ALLAH berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.

-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.

-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.

-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.

Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa.

Di antara adab-adab berdoa ialah:

-Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

-Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.

-Berdoa dengan menghadap kiblat.

-Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.

-Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.

-Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.

-Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.

-Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.

-Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.

-Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Hijjaz - Nostalgia Lagenda Nada Murni Full Album (2009)


Assalamualaikum,Alhamdulillah,kali ketiga saya boleh lagi mengeshare MP3 Nasyid full album kepada anda,mudah-mudahan anda mendengar,itu harapan saya,dan mudah-mudahan,dengan lagu tentang Ketuhanan ini,kite dapat mendekatkan diri kita kepada Allah,kali ni,saya mahu mengeshare album dari kumpulan Hijjaz,kumpulan ini cukup terkenal di tanah air mahupun di luar negara,album ini diterbitkan pada 2009,baru lagi ni,hehe,album ini berjudul Nostalgia Lagenda Nada Murni

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1.Seruan Jihad
2.Assalamualaikum
3.Sifat 20
4.Cita-citaku
5.Petani Yang Berjasa
6.Wahai Kaum Muslimin
7.Munajat
8.Haji Menuju Allah
9.Marilah Berkasih Sayang
10.Harapan Pada Ayah Ibu
11.Indah Hidup Bersama Illahi
12.Rindu
13.Huru-hara
14.Di Mana Kebahagiaan Di Mana Ketenangan
15.Islam Yang Telah Berkembang

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Ahad, 7 Mac 2010

Tanda-tanda Kecil Kiamat


Assalamualaikum semua,sempat lagi saya menulis artikel ini,terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu2 menjenguk blog ini(harap adelah,hehe,gurau je),dengan nikmat Allah bagi,kekuatan yang Allah bagi juga dapat saya meluangkan masa untuk mengeshare artikel ni walaupun kerja sekolah banyak lagi yang x siap,saya mahu mengeshare artikel tentang tanda-tanda kiamat,ini antaranya la,ada lagi yang besar,ni antara tanda-tanda kecil,sudah banyak Allah menurunkan bencana alam,tapi kita masih bersenang lenang,ingat lah,Allah hanya boleh menhancurkan bumi ini hanya sekelip mata sahaja,betul,kita selalu lupa akan ini,ini adalah kebiasaan bagi manusia seperti kita,tetapi,kita ada cara untuk tidak melupainya,dengan mengamal setiap hari,ingat akan mati,insya-Allah kita tidak akan terlupa,okey la,malas saya nak menulis panjang,esok sekolah pulak..hehe

* Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim



* Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

* Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Renung-renungkan lah ye

Rabbani - 1418-1428 Full Album 2008


Alhamdulillah,dapat lagi saya mengeshare album nasyid,mungkin Allah masih memanjangkan lagi umur saya,atau mungkin lepas ini saya tidak boleh mengeshare lagi,tapi itu kehendak-Nya sebagai Tuhan kita,kita hanya mampu berdoa,kerana doa itu sedikit sebanyak boleh mengubah qada' dan qadar kita yang telah tertulis sejak azali lagi,x sabar2 saya nak share album rabbani ini yang bertajuk 1418-1428 yang diterbitkan pada tahun 2008,dan artis2 jemputan untuk menjayakan album ini turut hadir yaitu Amy Search dan Mawi,mungkin ramai yang dah tahu,vokalis Rabbani yang turut dikenali sebagai Ustaz Asri telah meninggal dunia,takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga dia,Rabbani juga banyak mendapat tempat2 di persadang antarabangsa,syabas juga diucapkan kepada kumpulan Rabbani,sebelum mendengar lagu2 dari Rabbani ini,marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah sempena pemergian Allahyarham Ustaz Asri,moga2 rohnya dicucuri rahmat,dan mudah-mudahan kita mendapat rezeki yang melimpah ruah,Amin

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1.Rabbani Feat Amy Search - Mentari Diufuk Timur
2.Rabbani Feat Mawi - Saksi
3.Satu Qiblat Yang Sama
4.Intifada
5.Anak Soleh
6.7 Hari
7.Nawaitu
8.Handzalah
9.Berkorban Apa Saja
10.Pergi Tak Kembali
11.Iqrar
12.Muhammad Ya Habibi
13.Kerlipan Cinta
14.Assalamualaikum
15.Insan

Download Link
Tekan Ini Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

[Info] Banyak Peristiwa Penting Jatuh Pada Hari Jumaat ! Adakah Ini Tanda Tanda Kecil Kiamat ?




Assalamualaikum. Pagi tadi saya mendapat mesej yang penting untuk umat islam tentang hari jumaat (sebenarnya mesej ni diterima pada bulan januari dah, saja je cakap pagi tadi sebab nak mencantikkan ayat, haha). Lihatlah tarikh tarikh peristiwa yang penting dibawah ini :

27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,
18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,
25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,
01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,
01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,
15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari;
26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,
02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,
28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,
10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,
05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,

Adakah ini kebetulan atau petanda ?
Renung - renungkanlah. Seperti mana yang kita ketahui, dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W, ada menyatakan bahawa Hari Kiamat jatuh pada hari Jumaat. Marilah sama - sama kita berdoa, berisghtifar dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Adakah kiamat sudah hampir ? Jadi insaflah anda sebelum terlewat. Assalamualaikum.

In-Team - Allahu Rabbi 2009 Album


Assalamualaikum,dapat jugak saya mengupload full album dari In-Team yang bertajuk Allahu Rabbi,album ni mungkin dikeluarkan pada tahun 2009,mengikut sumber dari google saya tengok,walau ape pun,tahun tu x kesah,yang kesah adlh kita mendengar atau tidak,mari la kita same2 mendengar lagu nasyid yang juga lagu tentang Ketuhanan,mungkin sedikit sebanyak melalui lagu ni,kita dapat menginsafi diri kita dan mendekatkan diri dengan Allah,Amin

Isi Kandungan(tajuk2 lagu)
1.Asy Syafie
2.Hamzah Asadullah
3.Kemuliaan Al-Quran
4.Redha
5.Asma' Allah
6.Dia Muhammad
7.Hanya Takdir
8.Kepastian
9.In-Team Feat Allahyarham Ustaz Ari Rabbani - Kasih Sayang
10.Allahu Rabbi

Download link
Tekan Ini Untuk Download

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

[PANAS] Hukum Melakukan Onani




Assalamualaikum. Tanpa ucapan salam, tidak mungkin saya akan meneruskan teks di post ini, kerana kita tahu memberi salam itu adalah wajib, tidak kira di Internet atau di luar sana. Baiklah, post kali ini membincangkan tentang tabiat (jika amalan buruk maka dipanggil tabiat) beronani. Tabiat ini sering dilakukan oleh anak muda atau remaja zaman sekarang yang semakin berleluasa. Bukan sahaja remaja, malah yang berkahwin pun turut melakukan perkara ini, lebih memalukan perempuan juga turut melakukan sedemikian. Tidak perlu diberitahu apa itu onani, mungkin anda sudah tahu dan jika anda tidak tahu lebih baik jangan ambil tahu kerana jika anda tahu mungkin anda akan melakukannya (cuba cuba). Kerana, saya dengar benda ni kalau buat anda akan ketagih. Tahukah anda, apa hukumnya onani ? Hukumnya haram , namun onani tidak menyebabkan dosa besar. Melakukan onani sungguh merupakan perbuatan hina, dan bukan seperti anggapan bagi orang lain yang membolehkannya. Sesiapa yang mula-mula dirinya tenang, tiba-tiba syahwatnya memuncak, kemudian dia ingin memuaskan syahwatnya itu (onani), maka dia berdosa, tapi dosa yang dia kerjakan tidak seperti mengerjakan dosa besar, dan sesiapa yang syahwatnya memuncak dan tidak dapat kawal kecuali melakukan onani, maka boleh hukumnya jika itu termasuk kategori darurat (terdesak), walaupun sebenarnya onani bukan termasuk kategori dimana dalam keadaan darurat perkara haram yang diperbolehkan. Sesiapa di hadapannya tidak dapat melakukan apapun kecuali berzina, maka dia boleh mengambil sikap mengamalkan salah satu keburukan yang ringan diantara dua keburukan, dengan syarat jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga menyakiti tubuh. Nasihat saya untuk remaja yang mengamalkan tabiat ini ialah menikah, jika menikah anda dapat mengelakkan onani. Jika tidak mampu, berpuasalah. Kerana puasa merupakan ubat yang sanggup mengawal syahwat yang merangsang diri. Anda hendaklah menjauhi perkara yang boleh membangkitkan rasa gian (syahwat), seperti menonton TV, filem, gambar, dan sebagainya. Jika terlihat perempuan yang tidak menutup aurat, sila nasihatkan atau menutup mata dari melihat perkara itu. Assalamualaikum W.B.T, insyallah di post yang akan datang, saya akan membincangkan lagi isu isu remaja.

Hukum Mencukur Bulu Kaki



Assalamualaiku sume,saya nak ambil kesempatan untuk mengeshare artikel tentang mencukur bulu di kaki,mungkin ramai yang tertanye2,rujukan ini saya petik dari sebuah blog lain dan berpandukan pada Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.Mari la sama2 kite renungkannya moga-moga kite mendapat ilmu yang baru.Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Wallahu a’lam.

Sabtu, 6 Mac 2010

Himpunan Zikir Munajat Ustaz Badrul Amin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Alhamdulillah,besyukur kehadrat ilahi kerana dapat jugak saya mengaupload himpunan zikir-zikir munajat dari Ustaz Badrul Amin,mungkin ramai yang dah kenal dengan ustaz Badrul Amin ini,penceramah terkenal,beliau juga memegang sebagai ustaz dekat Universiti Islam Antarabangsa,bukan senang nak jadi macmtu,dan banyak vcd dan cd yg berbentuk keTuhanan yg beliau telah terbitkn.Alhamdulillah,saya ingin mengambil kesempatan untuk mengeshare sebahagian zikir2 berbentuk MP3 yang beliau telah terbitkan,tidak rugi untuk kita mendownload produk tentang agama,kerana setiap masa yang kita donwload itu adalah pahala kerana kita telah berbuat baik dan dengan niat kita pun kita memproleh pahala,begitu mudah untuk kita memperoleh pahala,hanya untuk download zikir ini,hanya 40 MB lebih,mngkin dlm setengah jam kita download,insya-Allah,mudah-mudahan kita mendapat hidayah dan rezeki daripada Allah,yang baik itu datangnya dari Allah dan keburukan@kesalahan itu datangnya dari saya

Download Link
Klik Untuk Mendownload

Password Unrar
dakwah-itu-jihad.blogspot.com

Jom Download Al Quran Flash




Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kerana saya masih dapat menaip di blog yang penuh keinsafan ini, justeru itu saya mengambil peluang ini lagi untuk memberikan anda satu software yang amat bagus untuk anda. Software kali ini ialah software Flash Quran atau Quran Flash, dimana software ini memberikan anda peluang untuk membaca Al Quran secara langsung atau tidak langsung di komputer/laptop anda. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca Al Quran kerana tiada kitab suci ini di rumah anda :). TETAPI !!! Awas, jika terdapat kesalahan ayat atau baris/tajwid di dalam software ni yang berbeza dengan Al Quran yang betul, diharap melaporkan kepada saya agar dapat diberitahu kepada pemilik/pembuat software ni. Maaf, bukan saya yang membuat software ni. Jadi, berhati - hati menggunakan software ni. Mungkin ia adalah buatan dari orang yang beragama Islam atau pun bukan, jadi download je la, bukan berat sangat pun. Ringan jer, cuma 50 MB gitu je. Takkan la software/game/lagu yg beratnya 3 kali ganda dari software ni yang tak berfaedah tu pun anda boleh simpan, kenapa tidak software ini ? Anta/Anti fikirlah sendiri. :)

KLIK SINI UNTUK MENDOWNLOAD

3 Amalan yang Berkat




Assalamualaikum. Artikel ini adalah menceritakan tentang 3 Amalan yang berkat. Tahukah anda, di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Cuba anda bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).

Meninggalkan Solat Jumaat




Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah oleh Islam kerana solat jumaat hukumnya adalah wajib@fardhu ain ke atas setiap lelaki yang diapanggil Muslim. Orang yang tidak mengambil berat hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan suatu hari nanti. Bahkan orang yang enggan mentaati dan mengikuti suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.Sesunggunhya sembahyang itu tiang agama,kalau tiang tidak ada,maka roboh la agama kita

Ahlan Wa Sahlan !




Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi peluang untuk menikmati udara segar di dunia ini. Oleh itu, kami juga dapat berdakwah dengan menggunakan teknologi iaitu Internet. Insyallah di blog ini, kami akan update dengan post artikel yang berkaitan dengan agama Islam. Gunalah teknologi yang ada untuk kebaikan seperti berdakwah. Tidak dinafikan, blog blog seperti inilah yang menjadi pilihan segelintir remaja sekarang. Malah, yang tidak beragama Islam pun turut melayari blog seperti ini. Mungkin ia akan menginsafkan mereka. Seperti yang tertulis di tajuk blog ini 'Kesedaran Membawa Kepada Kebahagian', tujuan blog ini dibuat ialah untuk menyedarkan umat umat islam diluar sana bawaha pentingnya kesedaran itu. Walaupun, dunia kini telah akhir zaman, mereka masih ada masa untuk bertaubat tapi kenapa ada juga yang ingkar ? Mungkin mereka perlu lebih banyak kesedaran lagi. Jadi, dengan ini saya mengucapkan Selamat Datang ke Blog yang penuh keinsafan ini untuk dijadikan kesedaran kepada diri anda. Ahlan Wa Sahlan !~